GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 13 Februari 2013

Jasad Perempuan Kera Akhirnya Pulang Kampung


Julia Pastrana, si "Perempuan Kera".

MEXICO CITY - Julia Pastrana atau yang dikenali sebagai "Perempuan Monyet" akhirnya dikebumikan di kampung halamannya, Sinaloa, Mexico, 150 tahun selepas kematiannya.

Siapa sebenarnya Julia Pastrana ini? Dia adalah seorang perempuan kelahiran Sinaloa pada 1834. Julia menderita kelainan yang dalam ilmu perubatan dikenali dengan nama hypertrichosis, iaitu pertumbuhan bulu tidak normal pada manusia.

Nah, Julia ini selain menderita kelebihan bulu, rahangnya juga menjorok keluar dan sejumlah kelainan lain. Dengan sejumlah anomali ini, Julia lalu dikenali dengan nama "Perempuan Monyet".

Pada usia 20 tahun, Julia meninggalkan Sinaloa, dibawa oleh seorang ahli perniagaan persembahan Theodeore Lent dan dibawa ke seluruh Amerika Syarikat.

Bersama Lent, Julia menjadi bintang persembahan. Dia menyanyi dan menari untuk para penonton yang telah membayar pertunjukannya. Julia kemudian menjadi sensasi di masa itu sehingga dia berkesempatan pergi ke Eropah dan Rusia.

Julia dan Lent kemudian berkahwin dan sempat memiliki seorang putera. Namun, Julia menderita komplikasi ketika melahirkan dan akhirnya meninggal dunia bersama bayinya yang baru lahir pada 1866 ketika usianya baru menginjak 26 tahun di Moscow.

Pulang kampung

Jenazah Julia kemudian diminta Universiti Oslo, Norway, sebagai bahan kajian. Nah, hampir 150 tahun selepas kematiannya kerajaan negara bahagian Sinaloa, Mexico, membuat permintaan rasmi kepada Universiti Oslo untuk mengembalikan jenazah Julia ke kampung halamannya untuk dikebumikan.

"Julia Pastrana sudah pulang. Mari kita berharap tak ada lagi perempuan yang dijadikan barang dagangan seperti dia," kata Datuk Bandar Sinaloa de Leyva, Saul Rubio Ayala.

Setelah sebuah perhimpunan di sebuah gereja tempatan, peti mati Julia kemudian dibawa ke permakaman bandar. Saat petinya diturunkan ke liang lahad, muzik tradisional mengalun mengiringi prosesi itu.

"Kisah Julia sangat penting. Membawanya pulang adalah untuk menyempurnakan kisahnya," kata Laura Anderson Barbata, seorang aktivis yang memperjuangkan pemulangan jasad Julia.

Pemulangan jasad Julia adalah bahagian dari sebuah gerakan yang digagas muzium dan institusi akademik untuk mengembalikan jasad manusia yang dikumpulkan di masa koloni Eropah di Amerika Latin, Afrika, Asia dan negeri-negeri lain.

Sudah ribuan jasad manusia yang pulang ke ke kampung halamannya dari AS, Eropah, dan Australia sejak gerakan ini dicanangkan akhir 1980-an.

* Sumber kompas.com



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP