Malala Yousufzai,Aktivis remaja Pakistan pulih selepas pembedahan
Tweet
LONDON - Aktivis remaja Pakistan, Malala Yousufzai kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan membaiki tengkorak dan pemulihan telinga bagi membantunya mendengar di Hospital Queen Elizabeth.
"Kedua-dua pembedahan berjaya dan ketika ini Malala sedang menjalani proses pemulihan di hospital. Pasukan perubatannya turut sama membantu dalam proses pemulihan kesihatan gadis itu," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hospital.
"Gadis itu juga sudah mula sedar dan mahu bercakap dengan keluarga dan kakitangan hospital yang merawatnya" menurut kenyataan itu lagi.
Sumber rasmi memberitahu Malala akan terus berada di hopsital berkenaan sehingga keadaannya benar-benar pulih.
Malala menjalani lima jam pembedahan Sabtu lalu selepas ditembak oleh Taliban di kepala dan leher Oktober tahun lalu kerana memperjuangkan hak anak gadis mendapatkan pelajaran di Pakistan.
Minggu lalu doktor memberitahu terpaksa menggunakan kepingan titanium bagi menampal tengkorak Malala dan menggunakan teknik implan bagi memperbaiki pendengaran kiri Malala.
Menurut doktor, kepingan titanium itu sangat diperlukan bagi menampal di bahagian tengkorak Malala yang kira-kira sebesar tapak tangan.
Gadis berusia 15 tahun itu menjadi simbol antarabangsa selepas kejadian tembakan oleh Taliban itu di atas semangatnya yang memperjuangkan hak pendidikan bagi kanak-kanak perempuan di Pakistan.
Gadis itu menulis blognya sendiri mengenai kepentingan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan.
Sebelum ini Taliban mengharamkan kanak-kanak perempuan Pakistan menghadiri sebarang kelas dan mengugut membunuh bagi sesiapa yang mengingkari arahan tersebut.
* Sumber
Malala Yousufzai

Malala Yousufzai ketika dirawat

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan