GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 26 Februari 2013

Masih Umur 30 Tahun Tapi Wanita Ini Sudah 2 Kali Kena Stroke


Colette Boyd (Foto: caters news agency)

Glasgow, Britain, Stroke biasanya dikaitkan dengan penyakit orang-orang tua yang sudah berusia lanjut. Tapi seorang wanita harus menyerah dua kali diserang stroke di usia yang masih terbilang muda, 30 tahun.

Colette Boyd pertama kali mengalami serangan stroke pada usia 28 tahun. Doktor mengatakan kemungkinan untuk menghadapi serangan stroke berulang hanya sekitar satu banding satu bilion. Malang, ia justeru mengalami serangan yang sama 1 tahun kemudian.

Wanita asal Glasgow, Britain, ini menceritakan bagaimana serangan stroke telah membuat hidupnya tidak berdaya. Saat itu ia sedang sarapan bersama teman-teman, tiba-tiba saja lengannya terasa aneh. Tapi ia tidak ambil pusing dan mengira rasa aneh tersebut mungkin disebabkan kerana salah kedudukan ketika tidur.

Saat tangannya tak boleh digunakan untuk membuka sachet mentega, ia pun belum menaruh curiga. Ia baru menyedari ada yang tidak kena apabila makan tengah hari, ketika salah satu sisi mulutnya tidak boleh digunakan untuk mengunyah makanan.

Seketika itu, ia langsung menelefon ibunya yang kemudian menyuruh puterinya tersebut untuk menemui doktor. Colette segera menuju ke Southern General Hospital di Glasgow. Disanalah ia mendapat 'vonis' serangan stroke.

Doktor mengatakan Colette menderita haemorrhagic stroke, yang terjadi kerana pecahnya pembuluh darah yang sudah semakin lemah sehingga mengakibatkan adanya pendarahan di otak. Kes seperti ini menyumbang sekitar 13 peratus daripada semua kes strok.

"Ketika saya berusia 28 tahun, saya tidak berfikir bahawa ini akan berlaku. Mereka mengatakan peluang untuk mengalaminya lagi adalah 1 banding 1 bilion," tutur Colette Boyd, yang kini berusia 37 tahun, seperti dilansir Dailymail, Khamis (21/2/2013) .

Namun hampir 1 tahun kemudian, Colette mengalami serangan stroke kedua. Ini terjadi kerana terbukanya rangkaian parut yang timbul dari serangan stroke pertama.

Serangan stroke kedua ini menjejaskan suaranya. Ia tidak boleh lagi bernyanyi dalam kelompok gereja. Tubuh bahagian kirinya juga mengalami kelumpuhan, yang membuat jalannya sedikit pincang dan tangan kiri tak boleh digunakan sama sekali.

Tapi kerana penyakit itu pula Colette mencari cintanya. Setelah tak selesa lagi bergerak, ia lebih banyak menghabiskan masa di dunia maya. Disitulah ia mengenal Pete (46 tahun), yang kini menjadi suaminya.

"Pete tidak terganggu dengan keadaan saya. Dia melakukan begitu banyak hal untuk saya, membantu saya memasak dan berpakaian. Sebelum saya mengalami stroke, saya adalah orang yang sama sekali berbeza. Berkat Pete saya sekarang akhirnya kembali ke diri saya yang dulu," ujar Colette .

* Sumber health.detik.com


1 Merujuk kepada perkara diatas :

my notes 26 Februari 2013 pada 10:43 PTG  

Penyakit datang tak kira masa ... kita yg kena berhati - hati

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP