Balasan untuk abang jahanam
Tweet
Petaling Jaya: Padah tergamak melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh tahun lalu, seorang lelaki dipenjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku salah terhadap pertuduhan itu.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Mac 2013.
Mengikut pertuduhan, yang dibacakan jurubahasa mahkamah, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah, dekat sini antara Oktober 2006 hingga November 2006.
Bagi kesalahan itu, dia yang bekerja di sebuah pasar raya didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan atas alasan dia menanggung keluarga, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana itu bukanlah kesalahan pertamanya.
Zhafran berkata, sebelum ini tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada mangsa sehingga melahirkan anak, namun bayi itu meninggal dunia dan ia jelas menunjukkan tertuduh masih tidak insaf dengan perbuatannya.
Berdasarkan fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa dirogol oleh tertuduh ketika berusia 15 tahun dan hasil hubungan sumbang mahram itu, mangsa mengandung dan kemudian melahirkan seorang bayi lelaki.
Manakala hasil pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Kimia mengesahkan bahawa tertuduh merupakan bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa.
* Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan