Marsha Milan Londoh dan Nur Fathia tidak berebut Kekasih
Tweet
Marsha (kiri) dan Nur Fathia
Kuala Lumpur: “Saya tidak mahu lagi memanjangkan kes ini. Sebenar-benarnya, saya tidak pernah bermasam muka dengan Fathia,” kata pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh, 28.
Dia berkata demikian menjawab tuduhan kononnya hubungannya bersama pelakon, Nur Fathia Abd Latiff, 26, atau Nur Fathia renggang selepas dikatakan berebut teman lelaki.
Menurut Marsha, dia tidak mengenali pelakon drama Stanza Cinta itu secara rapat, bergaduh atau cemburu dengan kejayaan pelakon berkenaan.
“Tuduhan dilemparkan tidak berasas sama sekali kerana saya tidak mengenali atau berkawan baik dengannya (Fathia). Bagaimana pula untuk kami bermasam muka?” katanya.
“Tuduhan dilemparkan tidak berasas sama sekali kerana saya tidak mengenali atau berkawan baik dengannya (Fathia). Bagaimana pula untuk kami bermasam muka?” katanya.
Kata Marsha, bagaimanapun, dia tidak menafikan pernah bertemu pelakon terbabit dalam penganjuran majlis yang besar dan dihadiri ramai kalangan selebriti.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan