GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 8 Mac 2013

Maut tertelan gigi palsu ketika tidur


* Imej google
GEORGETOWN — Seorang kontraktor yang memakai gigi palsu ketika tidur dilaporkan maut selepas tertelan giginya itu di rumahnya di Farlim, Air Itam, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Choo Hock Meng, 44, dipercayai tidur berdengkur sebelum terbatuk sehingga menyebabkan dia tertelan giginya dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat giginya tersangkut di tekak.
Menurut sumber polis, kejadian itu disedari isterinya, Wu Huiling, 42, yang mendapati suaminya mengalami kesukaran bernafas dan wajahnya bertukar menjadi kebiruan.
Sebelum kejadian, mangsa bersama isterinya sedang menonton televisyen sebelum mangsa masuk tidur terlebih dahulu.
Isterinya masuk ke bilik tidur tidak lama kemudian apabila mendengar suara suaminya seperti sedang menghadapi masalah.
"Isteri mangsa kemudiannya mendapati suaminya tertelan gigi palsu, lantas dia menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. Suaminya didapati tidak bernyawa oleh anggota ambulans yang tiba di rumah mereka,” kata sumber itu.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan maut akibat tertelan gigi palsunya.
"Bedah siasat mendapati gigi palsu mangsa di bahagian rahang atas yang mempunyai tiga batang gigi tersangkut di tekak mangsa menyebabkannya mengalami kesukaran untuk bernafas,” katanya.
Mangsa dikatakan memakai gigi palsu sejak 20 tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
 — BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP