GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 10 Mac 2013

Misha Omar Beri Sebab Kenapa Tangguh Kahwin?


Misha memberitahu kesibukan dengan kerjaya telah menyebabkan perkahwinannya dengan tunang, Firos terpaksa ditangguhkan.
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Misha Omar menafikan hubungannya dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 31, menghadapi masalah sehingga perkahwinan mereka tertangguh.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 31, berkata, dia sebenarnya sedang menanti waktu sesuai untuk disatukan sebagai suami isteri ekoran jadual kerja masing-masing yang padat ketika ini.
"Hubungan kami langsung tiada masalah cuma kami berdua sibuk sehingga sukar menepis tanggungjawab dalam kerjaya ketika ini.
"Kami berdua telah berbincang mengenai perkara ini dan berpendapat ia bukan masalah besar selagi kami berdua pandai menjaga diri," jelasnya kepada mStar Online.
Misha dan Firos mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu.
Mengikut perancangan awal, kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selama setahun.
Dalam pada itu, Misha berkata, dia menyedari kelewatannya melangsungkan perkahwinan selepas setahun bertunang akan menimbulkan tanda tanya ramai pihak.
Misha dan Firos mengikat tali pertunangan pada 20 Februari tahun lalu.
Namun kata penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini, peminat dan masyarakat tidak perlu risau mengenai perkara itu sebaliknya meminta mereka berdoa agar hubungan berkenaan berjalan dengan baik.
"Saya faham peminat dan masyarakat risau dan ambil berat tentang saya dan berharap mereka mendoakan perkara yang baik untuk saya dan tunang," katanya.
Tambah Misha, menguruskan perkahwinan adalah perkara besar dan memerlukan masa. Sebagai wanita dia mahu majlis bersejarah itu nanti diuruskan dengan teliti.
"Saya kalau boleh sebulan atau dua bulan sebelum berkahwin saya nak bercuti dari sebarang aktiviti lakonan dan nyanyian supaya dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada kerja kahwin," katanya.
Dalam perkembangan lain, Misha berkata, dia semakin yakin bergelar seorang pelakon dan berhasrat untuk mengukuhkan namanya dalam bidang berkenaan.
Walaupun sibuk dengan karier nyanyian, Misha dapat membahagikan masanya dengan baik terhadap dua bidang tersebut yang menuntut tumpuan tinggi.
"Semakin lama saya terlibat dalam bidang lakonan ia memberi keyakinan dalam diri dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pelakon," jelasnya.
Dalam pada itu Misha juga bersyukur apabila ‘single’ terbaharunya berjudul Angin Syurgamendapat tempat di hati pendengar manakala album penuhnya pula akan berada di pasaran sekitar Mei depan.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP