GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 11 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu : 22 Mayat Pengganas Di Kampung Tanduo Dibawa Keluar


Pihak polis kini berada di peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas di kawasan sekitar.
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.
Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.
Lelaki tersebut ditembak mati di Kampung Tanjung Batu pada Ahad selepas dua anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan.
Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang.
Hamza berkata, enam lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas itu ditahan, menjadikan jumlah tahanan kini 97 orang.
Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Sementra itu, seramai 125 individu lagi turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi.
Hamza berkata, operasi menggeledah di Kampung Tanduo telah selesai dan pasukan keselamatan kini berada pada peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu.
* Sumber mStar Online

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP