GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 7 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Letak senjata tanpa syarat


LAHAD DATU: "Letak senjata tanpa syarat dan menyerah diri” itu tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas cadangan Jamalul Kiram III untuk meminta gencatan senjata selepas operasi serangan besar-besaran dijalankan ke atas kumpulan pengganas di Kampung Tanduo, di sini bermula pagi Selasa lalu.

Tindakan serangan itu dilakukan selepas lapan anggota keselamatan terbunuh dalam krisis berkenaan yang bermula sejak 12 Februari lalu. 

Beliau berkata, Op Daulat yang diadakan kini akan diteruskan sehingga semua mereka (pengganas) meletak senjata tanpa syarat.

"Kerajaan sudah memberi masa hingga tiga minggu untuk berunding. Malah, rundingan sudah empat kali diadakan tetapi tetap tertangguh.

"Kerajaan hanya bertindak selepas membunuh lapan anggota keselamatan kita," katanya dalam sidang media selepas melawat anggota keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di Kampung Tanduo, hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussain, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta barisan kabinet negeri. 

Perdana Menteri berkata, Malaysia memang cukup menghormati erti kemanusiaan dengan memberi masa untuk berunding dengan kumpulan ini. 

"Saya ada terima panggilan daripada Presiden Filipina Benigno Aquino sebentar tadi yang bertanyakan reaksi pada kenyataan dibuat Kiram bahawa mereka meminta kumpulan itu meletakkan senjata. 

"Pendirian kita, mereka mesti meletak senjata tanpa syarat dan senjata itu diserahkan kepada kita," katanya.

* Sumber myMetro



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP