GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 4 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Nur Misuari Daripada MNLF Sedia Bantu Runding Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu


Nur Misuari
DAVOI CITY, Filipina: Pengerusi yang mengasaskan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberitahu Malaysia bahawa beliau bersedia untuk membantu dalam rundingan bagi menyelesaikan masalah pencerobohan di Sabah secara aman.
“Ia adalah mesej saya kepada Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri) Najib (Tun) Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya yang merupakan sepupunya untuk mengadakan perbincangan terbuka,” kata Misuari kepada pemberita pada ulang tahun ke-71 di sini pada Ahad, menurut Rappler.com.
Misuari berkata, beliau juga bersedia pergi ke Malaysia sendiri untuk membantu menamatkan krisis.
Beliau menambah, Malaysia tidak menyahut akan tawaran itu.
Tetapi Misuari berkata, beliau bimbang mengenai kanak-kanak dan wanita di Lahad Datu yang “kini sedang berhadapan dengan kebuluran dan bahaya,” lapor laman web itu.
Misuari juga menafikan dakwaan beliau membiayai kumpulan bersenjata yang terlibat dalam pencerobohan Sabah.
Pengikut Sultan Sulu belayar ke Sabah pada bulan lepas untuk menuntut Sabah kembali.
Kerajaan Filipina merayu supaya mereka pulang ke tanah air tetapi mereka enggan.
Keadaan menjadi huru-hara pada Jumaat lalu, apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas Lahad Datu, yang mengorbankan 12 rakyat Filipina.
Serangan itu turut mengorbankan dua polis Malaysia.
Misuari mempunyai hubungan baik dengan Malaysia pada masa lalu kerana membenarkan MNKLF untuk mencari tempat perlindungan di Sabah di bawah rejim Marcos.
Tetapi pasukan keselamatan Malaysia turut menangkap beliau di Sabah pada 2001, selepas melarikan diri ke Sulu berikutan pemberontakan di wilayah.
Tangkapan itu membawa kepada penahanan beliau di Filipina. – Rappler.com
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP