GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 8 Mac 2013

Penjawat awam dinasihat tidak jadi ejen sebar maklumat palsu

Datuk Seri Dr Ali Hamsa

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengingatkan penjawat awam supaya tidak menjadi ejen penyebar maklumat palsu berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Beliau berkata semua penjawat awam bertanggungjawab menjaga keamanan dan harus memberi sokongan penuh terhadap setiap usaha anggota pasukan keselamatan dalam mempertahan kedaulatan serta keselamatan negara.

"Sebagai penjawat awam, jangan sesekali kita menjadi ejen penyebar maklumat palsu. Perkara seperti itu perlu dielak.


"Jika menerima sebarang berita atau maklumat palsu melalui Internet, saya rasa padam saja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Remaja Berwawasan di Kem Wirajaya Forest Resort, dekat sini hari ini.

Ali berkata setiap rakyat Malaysia, khususnya penjawat awam, perlu sentiasa bersyukur atas nikmat keharmonian yang dicapai dan menghargai dedikasi anggota pasukan keselamatan negara. 


- BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP