Rawatan api cantikkan wajah ?
Tweet
Teknik Huo Liao rangsang pertumbuhan sel, remajakan kulit
BEIJING: Salon kecantikan di China kini menawarkan rawatan baru untuk wanita, digelar wajah berapi yang juga dikenali sebagai Huo Liao, di mana nyalaan terbuka digunakan untuk merangsang pertumbuhan semula sel dan meremajakan kulit.
Pakar terapi akan meletakkan tuala yang direndam di dalam alkohol yang dikenali ‘penawar khas’ terhadap muka sebelum menyalakan api di kawasan terbabit.
Api besar akan menyala, merebak dengan cepat di kawasan sekeliling di mana alkohol diletakkan.
Berdasarkan laporan Huffington Post, rawatan itu merangsang kulit dan menghilangkan kulit kusam, kendur dan kedut, manakala laporan lain berkata ia boleh memulihkan apa saja daripada kegemukan hingga kepada demam biasa.
Seorang saksi rawatan itu menyiarkan gambar ibunya melakukan rawatan berkenaan.
Salon berkenaan berkata ia adalah rawatan paling selamat kerana dijalankan secara berhati-hati oleh seorang pakar terapi terlatih.
Dengan meletakkan penawar berkenaan, kulit akan menjadi lebih hangat tetapi tidak terbakar.
Bagaimanapun ada keraguan mengenai risiko yang mungkin berlaku apabila api besar digunakan, berbahaya kepada kebanyakan wanita.
Penulis Real Cause, Real Cure, Jacob Teitelbaum melalui halaman web Shine berkata mengenai rawatan itu bahawa: “Jika anda bertanya sama ada saya akan mencubanya sendiri, jawapannya adalah tidak.”
“Alkohol akan membantu membawa apa saja dalam penawar itu ke tubuh, jadi tidak perlu lagi untuk menyalakan api di atasnya.”
“Bagaimanapun satu penjelasan menerangkan bahawa kepanasan melampau mencetuskan tindak balas adrenaline yang akan mengubah kimia tubuh anda, menghasilkan beberapa petanda seperti ketidakhadaman dan memperlahankan metabolisme.
– Agensi
Kaedah rawatan Huo Liao yang dikatakan berkesan untuk meremajakan kulit dan mencantikkan wajah.
Teknik Huo Liao rangsang pertumbuhan sel, remajakan kulit
BEIJING: Salon kecantikan di China kini menawarkan rawatan baru untuk wanita, digelar wajah berapi yang juga dikenali sebagai Huo Liao, di mana nyalaan terbuka digunakan untuk merangsang pertumbuhan semula sel dan meremajakan kulit.
Pakar terapi akan meletakkan tuala yang direndam di dalam alkohol yang dikenali ‘penawar khas’ terhadap muka sebelum menyalakan api di kawasan terbabit.
Berdasarkan laporan Huffington Post, rawatan itu merangsang kulit dan menghilangkan kulit kusam, kendur dan kedut, manakala laporan lain berkata ia boleh memulihkan apa saja daripada kegemukan hingga kepada demam biasa.
Seorang saksi rawatan itu menyiarkan gambar ibunya melakukan rawatan berkenaan.
Salon berkenaan berkata ia adalah rawatan paling selamat kerana dijalankan secara berhati-hati oleh seorang pakar terapi terlatih.
Dengan meletakkan penawar berkenaan, kulit akan menjadi lebih hangat tetapi tidak terbakar.
Bagaimanapun ada keraguan mengenai risiko yang mungkin berlaku apabila api besar digunakan, berbahaya kepada kebanyakan wanita.
Penulis Real Cause, Real Cure, Jacob Teitelbaum melalui halaman web Shine berkata mengenai rawatan itu bahawa: “Jika anda bertanya sama ada saya akan mencubanya sendiri, jawapannya adalah tidak.”
“Alkohol akan membantu membawa apa saja dalam penawar itu ke tubuh, jadi tidak perlu lagi untuk menyalakan api di atasnya.”
“Bagaimanapun satu penjelasan menerangkan bahawa kepanasan melampau mencetuskan tindak balas adrenaline yang akan mengubah kimia tubuh anda, menghasilkan beberapa petanda seperti ketidakhadaman dan memperlahankan metabolisme.
– Agensi
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan