GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 7 Mac 2013

Sultan Sulu: Saya Adalah Sultan Termiskin di Dunia


Foto : Sultan Sulu Jamalul Kiram III (AP)

MANILA - Sultan Sulu Jamalul Kiram III memang berbeza berbanding raja-raja lain yang memimpin negara Islam di dunia ini. Istana Kiram hanyalah rumah bertingkat dua di Bandar Manila, Filipina, dan Kiram pun mengaku dirinya adalah sultan termiskin di dunia.

Lahir di Sulu pada 1938 silam, Kiram merupakan seorang pemimpin yang cukup dicintai dan penggemar sukan tenis. Tanpa disedari, Sultan Sulu itu pernah bekerja sebagai penyiar radio di salah satu stesen radio.

Lelaki itu sempat mencalonkan diri sebagai seorang senator pada 2007 silam melalui sokongan mantan Presiden Gloria Macapagal Arroyo. Namun kemenangan tidak berpihak pada Kiram. Kiram justeru gagal, hartanya pun habis kerana kempen pilihan raya tersebut.

"Saya adalah sultan termiskin di dunia ini," ujar sultan berusia 74 tahun itu, seperti dikutip Associated Press, Khamis (7/3/2013).

Putri Kiram, Jaycel, juga ikut menceritakan bagaimana masa kecilnya. Jaycel sendiri mengaku pernah terkejut apabila mendengar khabar bahawa dirinya adalah seorang puteri raja sebenar.

"Ketika saya masih kecil, saya kira nama 'Puteri' adalah nama depan saya. Seorang putri (raja) umumnya mengenakan mahkota, mempunyai istana, dan kereta kuda," ujar Jaycel Kiram yang saat ini berusia 35 tahun.

Salah satu hal yang menunjukkan kejayaan Kiram saat ini hanyalah gelaran sultan yang ada di depan nama panjangnya. Selain itu, Kiram tidak mempunyai apa-apa, selain loyalis-loyalisnya yang saat ini menduduki Sabah.

Kesihatan Kiram saat ini juga mulai memburuk, lelaki itu menderita gagal ginjal dan penyakit jantung. Kiram pun sukar untuk berbicara. Bayaran rawatan sang sultan itu ternyata cukup mahal, keluarga Kiram dikhabarkan lupa membayar cukai rumah.

Di masa muda, Kiram mengaku sering berkunjung ke Sabah. Ketika berada di wilayah itu, Kiram merasa seperti berada di kampung halamannya sendiri.

Sabah dan Sulu dipisahkan oleh sebuah selat di Laut Sulu. Perjalanan dari Sabah ke Sulu juga hanya memakan masa 30 minit bila menggunakan kapal. Dua wilayah itu mempunyai banyak persamaan, warga-warga dari Sulu mahupun Sabah juga saling mengunjungi.

Selama ini, Kesultanan Sulu ingin melihat Kerajaan Filipina mendakwa kembali wilayah Sabah. Menurut Kiram, tuntutan itu adalah penting kerana banyak pengikut Kesultanan Sulu yang diburu oleh polis Malaysia di Sabah. Kiram cukup khuatir akan regenerasi para pengikutnya.

* Sumber okezone.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP