GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 13 April 2013

#PRU13 : Bendera parti kena angkut

Penguat kuasa meneruskan kerja walaupun menerima bantahan.

KUALA SELANGOR - Tidak kira bendera Umno-Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) dipacak di sepanjang jalan utama di daerah ini, semuanya diturun dan diangkut pihak berkuasa tempatan (PBT) gara-gara mengganggu pandangan pengguna jalan raya.


Tindakan drastik penguat kuasa Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam Ops Pelangi itu pada awalnya mendapat bantahan sesetengah ahli parti, namun tetap diteruskan bertindak atas aduan penduduk.

Setiausaha MDKS, Azahari Sairin berkata, banyak aduan berhubung pemasangan tiang bendera parti di laluan sempit seperti persimpangan Fasa Tiga Puncak Alam yang dikhuatiri menghempap pengguna jalan raya.

Menurutnya, MDKS tidak memandang ringan setiap aduan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, tambahan pula kebimbangan itu agak munasabah kerana kawasan tersebut agak lapang dan berisiko berdepan tiupan angin kuat.

“Kita tidak mahu ada kejadian buruk menjelang pilihan raya dan semua menyalahkan PBT kerana gagal laksanakan tugas kawalan serta pemantauan di kawasan tumpuan lebih awal.

"Begitu juga dengan kerja pemasangan bendera, iklan promosi jualan dan kain rentang komersial di kawasan jejantas yang boleh membahayakan pengguna kerana terlindung daripada pandangan orang ramai. Saya tidak mahu kes jenayah berulang gara-gara laluan itu terlindung,” katanya, semalam.

Maklum awal


Tidak kira bendera BN ataupun PR, semua diturunkan kerana mengganggu pandangan pengguna jalan raya.

Azahari berkata, MDKS pernah mengadakan sesi taklimat membabitkan wakil kedua-dua parti untuk membincangkan isu berkaitan bersama Jabatan Kerja Raya Daerah, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 2 April lalu.

Katanya, taklimat itu turut membincangkan prosedur tertentu perlu dipatuhi wakil parti termasuk keselamatan pemasang bendera, jarak dan pemasangan yang tidak boleh menghalang pandangan orang ramai sejajar Undang-Undang Kecil Pilihan Raya MDKS 2007.

“MDKS sudah memberi makluman awal kepada kedua-dua wakil parti, namun masih ada berdegil menyebabkan tindakan drastik terpaksa diambil seperti dilaksanakan dalam operasi kali ini,” katanya.

TNB turut jalankan Ops Broken Windows


Laluan jalan utama di sekitar Ijok turut menjadi kawasan pemasangan bendera parti.

Pada program itu, tiga pasukan TNB turut melaksanakan Ops Broken Windows untuk memastikan ‘street furniture’ dalam keadaan baik dan teratur.

Sinar Harian difahamkan, usaha itu dilaksanakan seiring saranan CEO dan pengurusan tertinggi TNB untuk memastikan kemudahan TNB berada dalam keadaan selamat di lokasi terbabit dengan pemasangan bendera parti.

Operasi itu turut menurunkan iklan haram dan promosi jualan murah ditampal pada kemudahan TNB, selain membaiki kejanggalan pada lampu jalan, pencawang, ‘feeder pillar’, ‘link box’, sesalur atas voltan rendah serta kabel.

* Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP