#PRU13 : BN umum calon
Tweet
Perdana Menteri serah surat tauliah kepada Pengerusi BN negeri hari ini
Kuala Lumpur: Senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diketahui selewat-lewatnya esok selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menyerahkan surat tauliah calon kepada Pengerusi BN negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Selepas itu, Pengerusi BN negeri terdiri daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan kembali ke negeri masing-masing untuk mengumum dan menyerah surat tauliah kepada calon terpilih.
BN akan bertanding di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN, tidak termasuk Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri dua tahun lalu.
Senarai ditunggu-tunggu
Senarai calon BN memang ditunggu-tunggu kerana Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan akan ada kejutan dengan beberapa nama tidak dipilih semula dan mengingatkan penyandang serta ahli UMNO terus menyokong siapa saja calon yang bakal dipilih.
40 peratus calon muka baru mantapkan parti
Seperti diuar-uarkan sebelum ini, BN akan mengambil kira faktor calon boleh menang yang diterima pengundi, selain kesihatan dan rekod perkhidmatan dalam memilih calon bagi menjamin kemenangan, sekali gus merealisasikan matlamat memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga.
Berdasarkan asas penting untuk mewujudkan kerajaan yang kukuh, difahamkan sekurang-kurangnya 40 peratus calon di kalangan muka baru akan disenaraikan untuk memantapkan keupayaan BN bagi kesinambungan pemerintahannya serta agenda transformasi kerajaan, politik dan ekonomi.
Pengundi juga menunggu senarai calon BN kerana pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP telah mengumumkan sebahagian besar calonnya, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) dan Lim Kit Siang (Gelang Patah).
Kejutan pembangkang
Selain Kit Siang, pembangkang membuat beberapa kejutan apabila meletakkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di Putrajaya dan Salahudin Ayob di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, di Johor, sekali gus calon Menteri Besar jika menang.
Calon BN di Parlimen Gelang Patah adalah antara yang dinantikan kerana Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dikatakan akan dicalonkan bagi menyaingi Kit Siang. Pengundi juga mahu mengetahui sama ada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bakal bertanding DUN, sekali gus menjadi calon Menteri Besar menggantikan Abdul Ghani.
Turut menjadi tumpuan ialah senarai calon DUN Selangor bagi menduga siapa bakal dilantik sebagai Menteri Besar jika BN berjaya merampas negeri itu daripada pembangkang.
Selain itu, kedudukan penyandang Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat turut menjadi perhatian kerana presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dikatakan tidak mahu bekas presiden parti itu dicalon semula walaupun beliau dikatakan calon boleh menang.
Semalam, Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata 36 muka baru akan ditampilkan bagi merebut 56 kerusi DUN dan 22 Parlimen.
Golongan profesional
Katanya, Selangor juga akan meletakkan calon di kalangan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta golongan profesional.
Setakat ini, beberapa tokoh politik yang mengumumkan tidak bertanding adalah Tan Sri Rafidah Aziz yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar; bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajul Rosli Ghazali (DUN Pengkalan Hulu); Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (Parlimen Miri) dan Tan Sri Syed Hamid Albar (Parlimen Kota Tinggi).
Menurut surat jemputan media yang ditandatangani Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis, majlis penyerahan tauliah oleh Najib akan berlangsung di bilik mesyuarat utama ibu pejabat BN di Menara Dato’ Onn, PWTC, bermula jam 11 pagi.
PRU ini adalah kali pertama BN mengumumkan calon beberapa hari lebih awal sebelum penamaan calon pada Sabtu ini dan pengundian pada 5 Mei.
Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan, berkata senarai sudah dimuktamadkan dan diumumkan selewat-lewatnya esok dengan beberapa negeri dijangka mengumumkannya hari ini.
Berdasarkan maklum balas beberapa negeri, kebanyakannya memilih mengumumkan calon esok seperti Johor, Pahang, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan, manakala Negeri Sembilan memilih hari ini untuk berbuat demikian.
* Sumber BH

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan