GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 16 April 2013

Serah video s3ks lelaki mirip Datuk Mustafa Ali


KOTA BHARU – Orang ramai yang memiliki atau menyimpan rakaman video seks seorang lelaki yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diminta menyerahkannya kepada pihak polis jika tidak mahu sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya menasihatkan kepada sesiapa sahaja yang memiliki video terbabit supaya segera menyerahkan rakaman itu kepada polis.
“Tidak kira sama ada rakaman tersebut dalam bentuk cakera padat atau yang dimuat naik ke dalam telefon bimbit atau yang dikongsi di laman sosial Facebook.
“Sekiranya sesiapa didapati menyebarkan atau memiliki bahan itu, tindakan akan diambil ke atas mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan siasatan berhubung kes pembikinan dan penyebaran video lucah terbabit yang mempunyai durasi asal 11 minit 25 saat.
Rakaman tersebut memaparkan adegan seks seorang lelaki mirip pemimpin tertinggi Pas bersama seorang wanita tidak dikenali. Ia telah disebarkan secara meluas melalui blog-blog di internet.
* Sumber kosmo! Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP