GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 4 April 2013

Simulasi kematian Sendiri


ZENG berbaring dalam keranda selama sejam.
Beijing: Seorang mahasiswa mengadakan majlis pengebumian untuk dirinya sendiri kerana tidak mahu ‘terlepas’ daripada mengalami peristiwa itu.
Untuk membolehkan ia berlangsung, Zeng Jia menggunakan wang simpanannya dan mengupah syarikat yang berkenaan mengadakan majlis itu sama seperti yang dilakukan terhadap orang yang sudah mati.
Selain dihiasi bunga-bungaan, majlis itu juga berlangsung di Wuhan dengan dihadiri sejumlah orang yang meratapi ‘kematian’ berkenaan serta dirakam jurugambar. Kata Zeng, berdasarkan apa yang dilaluinya majlis itu tidak menyebabkan dia takut atau ngeri.
“Sebaliknya ia memberi kesan positif kepada saya,” katanya. Untuk menjayakan majlis itu, Zeng berbaring kaku dalam keranda berhias bunga selama sejam sambil satu anak patung Hello Kitty diletakkan di atas dadanya.
PELAWAT ‘meratapi kematian’ Zeng yang berbaring dalam keranda selama sejam.
Di atas Zeng, digantung beberapa lipatan kertas berbentuk burung merpati. Zeng mengupah sekumpulan jurusolek yang mahir menghias mayat bagi membolehkan dirinya benar-benar menyerupai orang mati. Seorang lelaki berpakaian seragam tentera berdiri mengawal ‘mayat’ Zeng ketika rakan dan keluarganya memberi penghormatan terakhir.

Kata Zeng, dia terfikir mengapa orang lain menghabiskan masa dan penat lelah untuk seseorang apabila mereka sudah mati dan tidak lagi dapat menghargainya. “Saya mahu melihat bagaimana orang mengingati saya.
“Justeru, saya mengatur majlis pengebumian sendiri dan ternyata ia menyeronokkan,” katanya. Selepas majlis itu berakhir, Zeng keluar dari keranda dan memberikan ucapan kepada semua yang hadir. “Mengalami kematian membolehkan saya menghargai hidup dengan lebih bermakna.
“Saya benar-benar gembira selepas keluar dari keranda,” katanya. 
- Daily Mail


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP