GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 15 Mei 2013

4,000 pil dadah disumbat dalam kemaluan wanita


Kalasin (Thailand): Tiga wanita Laos semalam didakwa mengedar dadah selepas mereka ditemui menyembunyikan 4,000 pil methamphetamine dalam kemaluan dan dubur mereka, kata polis.
Janpeng Somdee, 31, Jantai Thepwongsa, 32, dan Khamboo Thepwongsa, 38, ditahan di stesen bas selepas polis menerima maklumat bahawa wanita berkenaan membawa dadah dari Laos.
Ketika disoal siasat, ketiga-tiganya mengakui menyembunyikan dadah terbabit dalam kemaluan mereka.
Mereka kemudian dibawa ke hospital Kalasin untuk ujian sinar-X yang mendedahkan sejumlah 20 beg mengandungi 4,000 tablet methamphetamine disembunyikan dalam kemaluan dan dubur mereka.
Polis berkata, tiga wanita itu diupah seorang lagi wanita senegara mereka untuk membawa pil berkenaan menyeberangi sempadan dan menghantarnya kepada pelanggan di wilayah Kalasin. Suspek menyeberangi Sungai Mekong di Mukdahan dan menaiki bas ke Kalasin ketika ditahan. 
- Bangkok Post (myMetro)

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP