GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 12 Mei 2013

Lelaki awet muda dengan Manotox

Lelaki kini semakin peka terhadap produk antipenuaan.

Bahan liftonin dipercayai minimumkan garis halus, kedutan

London: Wanita sudah lama memonopoli produk menegangkan kulit seperti Crease Release atau ‘botox dalam botol,’ namun kini tidak lagi. 

Dandanan lelaki adalah satu daripada sektor paling pantas berkembang dalam perniagaan kecantikan. 

Lelaki kini membelanjakan £6.2 bilion (RM28.51 bilion) dalam produk dandanan dan rawatan kecantikan setiap tahun. 


Kini mereka memiliki senjata antipenuaan sendiri dalam kalangan jenama mewah seperti Dermalogica, Yves Saint Laurent, Nip+Fab dan L'Oreal yang membangunkan produk kecantikan lelaki. 

Satu daripada produk itu ialah Manotox daripada rangkaian Nip+Fab’s Nip+Man, pelembap untuk menganjal dan melicinkan kulit yang didakwa memberi ‘hasil antipenuaan menakjubkan tanpa pembedahan.’ 

Rahsia produk baru 

Menurut syarikat berkenaan, rahsia kejayaan produk baru itu ialah bahan digelar ‘liftonin’ yang dipercayai meminimumkan kemunculan garis halus dan kedutan. Juga dalam campuran itu ialah satu lagi sebatian baru digelar ‘gransil’ yang didakwa membantu melicinkan kulit termasuk campuran mineral lautan untuk memberi kulit kelihatan segar. 

Menurut tinjauan OnePoll, 25 peratus lelaki kini melakukan rawatan kecantikan seperti rawatan muka, urut dan rawatan kuku lebih sekali dalam tempoh dua minggu, sementara purata lelaki kini menghabiskan antara 40 hingga 60 minit bersiap untuk keluar. 

Fenomena itu juga menjurus kepada peningkatan dalam rawatan melilin, dengan satu pertiga lelaki mengaku ‘manscaping’ atau membuang bulu di kawasan kemaluan. 

Pengasas Escentual dan pakar dandanan lelaki, Rakesh Aggrawal berkata: “Lelaki kini lebih sedar bagaimana menjaga kulit dan penampilan mereka berbanding lima tahun dulu.” 

Rasai tekanan 

“Bukan hanya wanita yang mahu meniru selebriti kegemaran seperti Matthew McConaughey, Josh Hartnett dan Justin Timberlake yang menghiasi kempen kecantikan lelaki – golongan itu kini merasai tekanan untuk kelihatan kemas dan mengakui melakukan sesuatu untuk kelihatan bagus.” 

Ledakan kecantikan lelaki turut tersebar dalam sektor pembedahan, dengan lebih ramai lelaki berbanding sekarang bersedia menjalani pembedahan demi memiliki wajah dan tubuh sempurna. 

Menurut Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Amerika, lelaki menjalani hampir 800,000 prosedur kosmetik pada 2012 atau sembilan peratus daripada keseluruhan. 

Prosedur popular dalam kalangan pelanggan lelaki adalah pembedahan mendapatkan rahang segi empat dilihat dalam selebriti kelas A seperti Jon Hamm, Michal Fassbender dan Daniel Craig. 


- AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP