GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 11 Mei 2013

Najib Lawat Azizan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang di George Town pada Sabtu. Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 1.30 tengah hari dan meluangkan masa bersama Azizan dan anggota keluarganya kira-kira 15 minit.
"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah berlangsung. Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik," katanya kepada pemberita di sini.
Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.
"Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana terima kedatangan saya dengan baik," katanya.
Najib berkata, bantuan yang sepatutnya akan dihulurkan kepada Azizan untuk memastikan tidak ada masalah daripada segi perbelanjaan.
Sementara itu, setiausaha akhbar kepada Azizan, Mohd Helmi Khalid meminta jasa baik kepada orang ramai yang ingin melawat Pesuruhjaya PAS Kedah itu tidak berbuat demikian bermula Ahad bagi memberi ruang kepada beliau untuk berehat.
"Saya mewakili ahli keluarga beliau (Azizan) meminta orang ramai memberikerjasama kerana kita ingin memberi keselesaan kepada pesakit atas nasihat pihakhospital," katanya.
Beliau berkata, keadaan kesihatan Azizan menunjukkan pekembangan positif dan beliau telah membuka mata sebanyak empat kali dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi Sabtu.
Mohd Helmi turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pengunjung yang memuat naik gambar Azizan dalam keadaan sakit di laman sosial dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi bagi menghormati anggota keluarga beliau.
Azizan, 69, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalanipembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada Khamis lepas.
Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin lalu. 
- BERNAMA (mStar Online)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP