Pemuda Pas: PRU14 perlu 'undi malaikat'
Tweet
Nasrudin Hassan Tantawi
TEMERLOH – Sementara dakwaan dan rungutan berterusan, pembangkang mendakwa pihaknya memerlukan ‘undi malaikat’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika mahu menumbangkan kerajaan BN.
Ketua Pemuda Pas pusat, Nasrudin Hassan berkata, keputusan PRU13 terlalu banyak tanda tanya melibatkan ketelusan dan kejujuran BN menghadapi PRU dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikannya.
Menurutnya, bermula dengan laporan polis berkait dakwat kekal yang boleh dihilangkan sepenuhnya dalam tempoh tidak sampai setengah jam sebagaimana berlaku di seluruh negara, hinggalah laporan mengenai sogokan wang kepada pengundi jika mereka memberi undi kepada BN sebagaimana yang berlaku di kawasan Dun Tioman dan Bukit Ibam.
“Ketidaktelusan ini, jika boleh berlaku di satu kawasan maka tidak mustahil ia boleh berlaku di tempat lain pula.
“Tanggapan ini berasaskan hilangnya nilai integriti pada pelakunya. Tidak hairanlah 1001 lagi penipuan, penyelewengan dan keraguan berlaku, termasuklah menggunakan pengundi warga asing, kertas undi awal yang tidak boleh dipantau dalam lokap, blackout dan lain-lain perkara yang mencetus rasa ragu dan hilang kepercayaan umum kepada sistem demokrasi negara,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.
Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, sebenarnya perkara seperti itu kedengaran setiap kali berlangsung PRU, hanya pada PRU13 ia dilihat sangat ketara.
Katanya, tambahan pula ia berlaku dalam suasana rakyat terbanyak memberi sokongan dan menterjemahkannya kepada undi yang besar pada PR keseluruhannya sehingga BN terpaksa membentuk kerajaan tidak popular.
“Namun sistem 'Westminster' bercirikan 'First past the post' membolehkan BN membentuk kerajaan biarpun tidak memiliki undi popular.
“Justeru, saya melihat PR pada masa akan datang setelah saya menilai pengalaman enam kali PRU memerlukan 'undi malaikat' bagi maksud menumbangkan BN dalam PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata, ALLAH menjelaskan bahawa malaikatNya pernah turun membantu tentera Badar saat mereka berdepan dengan kekuatan musuh yang berlipat kali ganda.
* Sumber sinarharian
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan