GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 11 Julai 2013

Datuk Bandar termuda AS

Tufts ketika ditemui di Dorset, Minnesota. - Foto AP

Dorset: Datuk Bandar Dorset, sebuah pekan kecil di Minnesota ialah Robert Bobby Tufts yang baru berusia 4 tahun dan menjawat jawatan itu pada umur 3 tahun.


Pekan yang mempunyai 28 penduduk akan memilih Datuk Bandar tidak lama lagi dan Tufts yang belum bersekolah mahu memperbaharui mandatnya sekali lagi. 

Dorset yang menggelar dirinya sebagai Ibu kota restoran dunia, tidak mempunyai satu pentadbiran rasmi atau majlis perbandaran. 

Pilih setiap tahun

Pada 4 Ogos setiap tahun, penduduknya akan memilih pemegang jawatan itu ketika Pesta Selera Dorset berlangsung.

Sesiapapun boleh mengundi sebanyak mana sekalipun di mana-mana peti undi di kedai seluruh pekan itu tetapi satu undi dikenakan AS$1 (RM3).

Ketika berjalan di sekitar bandar, ramai yang menyambut Tufts dengan panggilan Datuk Bandar, sambil menyampaikan kad kempennya. 
Saya amat gembira jika dapat menjadi Datuk Bandar anda seperti mana cinta saya kepada Sophie, kata kad itu, merujuk kepada nama teman wanitanya.

Dia bagus. Banyak publisiti diberi kepada pekan ini. Saya fikir, dia bekerja dengan baik, kata ibu Tufts, Emma, 34.

Sambut pelancong

Tugas Tufts ialah menyambut pelancong yang datang ke Dorset yang terletak di utara Minnesota dan terkenal dengan pokok pain dan tasik.

Industri utamanya adalah sebagai pusat peranginan dan pelancongan manakala restoran yang ada daripada selera Mexico hingga Itali boleh dikunjungi di lebuh raya yang melalui pekan berkenaan.

Dia budak yang comel dan itulah pandangan ramai orang di sini termasuk saya, kata Sheriff Hubbard County, Cory Aukes.

Anda pun tahu, berapa ramai kanak-kanak sepertinya dengan personaliti bagus dan berani mampu berdepan penuh yakin dengan kamera? Jadi, ini sesuatu yang bagus bagi kami, katanya lagi.

 
-AP (BH)



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP