GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 4 Julai 2013

Gigit z@kar jiran sampai berdarah

imej google
London: Mahkamah semalam diberitahu, seorang lelaki menggigit zakar jirannya sehingga berdarah selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada gangguan bunyi.
Jason Martin, 41, dituduh membongkok dan menggigit Richard Henderson, 39, melalui pijama mangsa seelaps menerima mesej teks meminta dia memperlahankan muzik dipasangnya.
Menurut Henderson, Martin menggigit kemaluannya “seperti satu set sandwic” dan menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau.
Diminta menggambarkan serangan itu, Henderson memberitahu juri, kemaluannya “tidak lagi bersambung dengan seluruh anggota badannya.” “Saya tak pernah mengalami kesakitan sebegitu dan tidak mahu mengalaminya sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, polis yang dipanggil ke tempat kejadian mengakui melihat mulut Martin dipenuhi darah. Bagaimanapun, tertuduh menafikan dia menggigit Henderson.
“Bagaimana saya boleh menggigit dia ketika saya tak ada gigi?” katanya.
Sejumlah gambar turut ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Canterbury selepas mereka diberi amaran oleh pendakwa bahawa imej itu “tidak menyenangkan” untuk dilihat. Martin menafikan dia berniat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada Henderson dalam kejadian Jun tahun lalu itu. Pendakwa, Mary Jacobson berkata, pergaduhan berlaku apabila Henderson dan pasangannya, Michelle Hilton berasa terganggu kerana muzik dimainkan dari rumah Martin pada lewat malam itu.
Sebaik keluar dari rumah masing-masing, kata Mary, Martin dan Henderson bergelut.
“Defendan menolak Henderson ke dinding, membongkok dan menggigit zakar mangsa.
“Henderson meraung kesakitan dan Michelle pula mula menjerit meminta tolong,” katanya. Martin berjaya dipisahkan daripada Henderson apabila jiran mula keluar dan cuba meleraikan pergaduhan berkenaan. Perbicaraan bersambung hari ini.
 - Agensi ( myMetro)

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP