GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 3 Julai 2013

Wanita Ditahan kerana Cium Hidung Polis

Peggy Hill | Jefferson Police Department


Florida - Peggy Hill (62), perempuan asal Florida, Amerika Syarikat, ditangkap kerana tuduhan mencium hidung seorang polis pada Sabtu (29/6/2013) malam. Ia kemudian dipenjara atas tuduhan melakukan kejahatan berupa hubungan fizikal dengan penguatkuasaan undang-undang.

Awalnya pihak berkuasa tengah menanggapi laporan atas pertengkaran yang terjadi antara Hill dan salah satu jirannya di Bradenton ketika kes penciuman "paksa" itu terjadi.

Berdasarkan laporan penangkapan pejabat Sheriff Manatee County, yang diperoleh media tempatan The Smoking Gun, Sarjan Randy Lamb sedang berbicara dengan Hill ketika perempuan itu tiba-tiba mencondongkan tubuhnya dan mencium polis itu di hidungnya.

"Hill mendekati polis itu dan mencium hidungnya tanpa izinnya. Polisi itu menjauh dari Hill dan menghapus air liur dari hidungnya, berusaha untuk membawa perempuan itu ke tahanan dan perempuan itu mulai bergumul dengan polis tersebut," tulis seorang petugas kepolisian dalam sebuah laporan.

Menurut laporan Sun-Sentinel yang dikutip Huffington Post, para petugas mencatat bahawa Hill pada akhirnya mengakui bahawa ia minum kira-kira tiga gelas wain sebelum melakukan tindakan tersebut.

Dari sebuah carian di laman Pejabat Sheriff Manatee County terungkap bahawa Hill masih berstatus tahanan dengan jaminan sebanyak 5,000 dollar AS.

* Sumber kompas.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP