GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 2 Julai 2013

Wanita Ini Mengalami Orgasme Ketika Kaki Kirinya Disentuh


imej google

AMSTERDAM - Seorang wanita berusia 45 tahun di Belanda, melawat doktor dengan aduan yang aneh, ia mengaku mengalami orgasme ketika kakinya tersentuh.

Sensasi itu terjadi pada kaki kirinya dan tidak disebabkan oleh hasrat atau fikiran seksual. Menurut pemberitaan Foxnews.com, wanita itu mengalami orgasme sebanyak lima hingga enam kali dalam sehari.

Wanita itu berkata, orgasme yang ia rasakan sama dengan orgasme yang dicapai saat berhubungan seks.

Menurut seorang ahli saraf di Psychopharmacology seksual Universiti Utrecht Belanda, Dr Marcel D Waldinger, wanita itu merasa sangat menderita kerana kelainnya tersebut.

"Dia merasa buruk tentang hal itu," kata Waldinger.

Marcel merupakan salah satu doktor yang merawat wanita itu. Ia membeberkan berdasarkan gambar resonans magnet (MRI scan) otak wanita dan kaki kiri wanita itu menunjukkan tidak ada kelainan, walaupun ujian lain mendedahkan terdapat sejumlah perbezaan antara saraf kaki kiri dan kanannya.

Merangsang kaki kirinya dengan arus elektrik, bebernya mencetuskan orgasme spontan.

Wanita itu saat ini tengah menjalani rawatan dengan disuntikan dibahagian tulang belakangnya, di bahagian saraf yang menerima maklumat deria dari kaki.

Sejak itu orgasme wanita itu berhenti sama sekali. "Wanita itu tidak mengalami orgasme kaki selama lapan bulan, walaupun ia mungkin perlu kembali untuk suntikan anestesi lain jika gejala kembali," katanya.

Para penyelidik menyebut gangguan yang dialami wanita itu sindrom orgasme kaki.

Waldinger menduga ada sejumlah orang yang mengalami kelainan tersebut, namun malu memperkatakannya.

* Sumber tribunnews.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP