GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 10 Ogos 2013

Dua beranak hilang selama 40 tahun ditemui

HO Van Thanh yang berusia 82 tahun dan berada dalam keadaan uzur diusung oleh penduduk kampung untuk diberi rawatan.


BANDAR RAYA HO CHI MINH - Seorang lelaki dan anaknya yang hilang sejak 40 tahun lalu ditemui pada Rabu lalu di sebuah hutan di Vietnam, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Lelaki itu, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya, Ho Van Lang, 41, menghilangkan diri semasa Vietnam berperang dengan Amerika Syarikat.
Thanh membawa anak lelakinya melarikan diri apabila isteri dan dua anaknya terbunuh dalam letupan bom di rumah mereka di Tra Kem.
HO Van Lang kini berusia 41 tahun. Dia dibawa ke dalam hutan oleh bapanya ketika berusia dua tahun

Dua beranak itu ditemui beberapa penduduk kampung yang mencari kayu api di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai.

Pihak berkuasa pada Rabu lalu mengesahkan mereka berdua sebagai Thanh dan Lang.
Mereka meneruskan hidup dengan hanya memakan buah-buahan, ubi kayu dan jagung yang ditanam.
Thanh dan Lang hanya memakai cawat yang diperbuat daripada kulit pokok dan mereka tinggal di sebuah pondok yang dibina di atas pokok.
- Agensi (kosmo!)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP