GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 24 Ogos 2013

Harapkan pagar,pagar makan padi | Warden Seludup Dadah dalam penjara

Kajang: Taktik seorang warden penjara menyeludup masuk dadah ke tempat kerjanya dengan menyumbat bahan terlarang itu ke dalam dubur seorang banduan gagal apabila perbuatannya itu dikesan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Ab Rashid Ab Wahab berkata, kakitangan terbabit yang berusia 34 tahun dan baru setahun empat bulan bertugas di penjara itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Rabu lalu.
Menurutnya, lelaki itu ditahan berhampiran sebuah pasar raya di Saujana Impian, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi, hasil maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah dilakukannya.
“Siasatan mendapati lelaki ini mengedar dadah kepada banduan dengan menyumbatnya ke dalam dubur banduan yang bersubahat dalam kegiatan ini.
“Suspek kemudian mengaku mendapat dadah daripada pembekal dengan menerima upah sebanyak RM800 untuk sekali penghantaran dan sudah lima kali berbuat demikian,” katanya.
Katanya, polis masih menyiasat pembabitan individu yang menjadi pembekal dadah dan banduan yang bersubahat dalam kegiatan pengedaran ini.
Foto
AB Rashid memegang bungkusan plastik mengandungi dadah.
“Kita juga menyiasat bagaimana banduan memperoleh wang untuk membeli dadah berkenaan, namun dipercayai mereka mendapat wang daripada rakan atau keluarga yang datang melawat.
“Suspek direman enam hari sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ketika tangkapan turut ditemui dua balutan plastik dadah anggaran berat 104.8 gram bernilai lebih RM4,000 dalam poket seluar,” katanya.
Sementara itu, tiga lelaki warga Nigeria berusia 2O hingga 30-an ditahan di sebuah rumah sewa di Bandar Damai Perdana, di sini, kerana disyaki menyimpan dadah jenis ganja dan heroin dalam serbuan berasingan kira-kira jam 5 petang hasil maklumat awam.
“Pemeriksaan di kediaman yang disewa sejak setahun lalu menemui dadah jenis ganja anggaran berat 12.25 gram yang disembunyikan dalam pengisar buah, manakala dadah jenis heroin dengan anggaran berat 16.45 gram ditemui dalam sebuah bilik tidur.
“Semua suspek didapati masuk ke negara ini pada 2008 dengan menggunakan pas pelajar, namun mereka sudah tinggal melebihi masa ditetapkan malah seorang suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan,” katanya.
Ab Rashid berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit kini ditahan reman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 akta sama.
Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP