Lagi,lagi dan lagi kes Tembak ,Penjual ikan dijumpai mati terkena tujuh das tembakan
Tweet
imej google
KUANTAN - Misteri kehilangan seorang penjual ikan terjawab apabila dia dijumpai mati dengan tujuh das kesan tembakan di tubuhnya dekat kawasan pam pasir Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam semalam.
Mangsa, Abd Majid Abdul Rahman, 47, dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Setia, Temerloh pada 18 Ogos lalu sebelum dilaporkan hilang oleh isterinya selepas dia tidak pulang ke rumah selama beberapa hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada pukul 9.05 malam sebelum melaporkannya kepada polis.
“Sejurus selepas mendapat maklumat itu, polis bergegas ke lokasi kejadian untuk memeriksa mayat tersebut.
“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, mangsa dipercayai ditembak beberapa das dari jarak dekat dan mati akibat terkena tembakan di bahagian kepala dan dada,” katanya ketika dihubungi hari ini
. - KOSMO!
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan