GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 20 Ogos 2013

Pelakon Adi Putra dibedah hari ini

Kuala Lumpur: “Keadaan Adi sekarang stabil dan perlu berehat kerana masih mengalami kesakitan. Dia menjalani pembedahan yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi esok (hari ini),” kata Aida Yusof, isteri kepada aktor popular Adi Putra.
Pagi semalam, peminat dikejutkan dengan paparan gambar dari akaun Instagram Aida yang memuatkan gambar suaminya di dalam ambulans. Adi yang baru tiba dari Surabaya, Indonesia terus dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dan doktor mengesahkan dia menghidap kencing berdarah dan batu karang.
“Sebelum ke Surabaya, Adi sudah mengadu sakit dan sudah dibawa ke Hospital Prince Court,” katanya.
Bagaimanapun, dia terpaksa ke Surabaya kerana menjalani penggambaran video klip.
“Tetapi kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu keadaan sakitnya semakin teruk dan terus dibawa ke hospital sebaik tiba di sini,” katanya.
Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP