2 Gambar,Ratu kudung tangan
Tweet
Pertandingan Ratu Amerika berlangsung di Dewan Boardwalk Atlantic City, melabuhkan tirainya, menyaksikan Ratu New York, Nina Davuluri meraih Ratu Amerika 2014 yang menyaksikan dua kali berturut-turut Ratu Amerika dimenangi Ratu New York.
Mahkota dijunjung Nina, meranapkan impian 52 jelitawan, merebut mahkota impian. Tidak terkecuali, Ratu Iowa, Nicole Kelly, 23 yang pulang kehampaan.
Ramai yang menyangka, mustahil bagi wanita seperti Kelly muncul sebagai Ratu, sungguhpun meraih publisiti tetapi stigma masyarakat yang mahu gelaran Ratu berpihak kepada insan sempurna fizikal.
Kemenangan Kelly sudah menjadi sebutan sejak pertama kali di nobat sebagai Ratu. Boleh bermain besbol, menari dan menyelam, itu antara kehebatan Nicole Kelly, 23, wanita dilahirkan tanpa lengan kiri membuktikan kekurangan diri bukan halangan untuk melakukan apa yang diingini. Beliau, meraih perhatian dunia apabila berjaya mewakili Iowa ke pertandingan Ratu Amerika.
Kelly menyifatkan dirinya sebagai pencetus inspirasi kepada masyarakat dunia, khususnya yang senasib dengannya untuk menonjol dan mempamerkan diri.
Kelly, boleh berserah saja kepada kekurangan diri, tetapi dia optimis dengan memberi tumpuan kepada kelebihan dimiliki, bukannya kekurangan dirinya.
Bercakap dalam satu wawancara bersama The Associated Press, Kelly berkata : “Saya berada di sini bukan untuk dijadikan sumber berita menarik, sebaliknya kerana saya mempunyai kebijaksanaan. Saya mempunyai keupayaan dan semua perkara yang Miss Amerika perlu miliki.
“Saya bangga mewakili orang yang kelihatan berbeza, tetapi ia adalah kira-kira apa yang anda boleh lakukan dan bagaimana anda menyambutnya,” katanya sewaktu menghadiri sesi latihan sebelum pertandingan akhir berlangsung.
Sumber BH
Nicole Kelly
Mahkota dijunjung Nina, meranapkan impian 52 jelitawan, merebut mahkota impian. Tidak terkecuali, Ratu Iowa, Nicole Kelly, 23 yang pulang kehampaan.
Kemenangan Kelly sudah menjadi sebutan sejak pertama kali di nobat sebagai Ratu. Boleh bermain besbol, menari dan menyelam, itu antara kehebatan Nicole Kelly, 23, wanita dilahirkan tanpa lengan kiri membuktikan kekurangan diri bukan halangan untuk melakukan apa yang diingini. Beliau, meraih perhatian dunia apabila berjaya mewakili Iowa ke pertandingan Ratu Amerika.
Kelly menyifatkan dirinya sebagai pencetus inspirasi kepada masyarakat dunia, khususnya yang senasib dengannya untuk menonjol dan mempamerkan diri.
Kelly, boleh berserah saja kepada kekurangan diri, tetapi dia optimis dengan memberi tumpuan kepada kelebihan dimiliki, bukannya kekurangan dirinya.
Bercakap dalam satu wawancara bersama The Associated Press, Kelly berkata : “Saya berada di sini bukan untuk dijadikan sumber berita menarik, sebaliknya kerana saya mempunyai kebijaksanaan. Saya mempunyai keupayaan dan semua perkara yang Miss Amerika perlu miliki.
“Saya bangga mewakili orang yang kelihatan berbeza, tetapi ia adalah kira-kira apa yang anda boleh lakukan dan bagaimana anda menyambutnya,” katanya sewaktu menghadiri sesi latihan sebelum pertandingan akhir berlangsung.
Sumber BH
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan