GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 3 September 2013

7 Mitos dan Fakta Masturbasi

Masturbasi biasa dilakukan oleh para lajang atau pasangan yang sedang tidak bersama dengan rakannya ketika ghairah seksual memuncak. Banyak yang sudah melakukannya dengan tetap was-was kerana sejumlah mitos menghantui mereka. Dipetik dari laman psychologytoday, ada tujuh mitos dan fakta tentang masturbasi. Berikut ini huraiannya.

1. Sebanyak 98 peratus orang melakukan masturbasi dan selebihnya, 2 peratus, hanya berbohong.

Faktanya: masturbasi adalah hal yang lumrah tapi tidak universal seperti yang banyak mitos sebutkan. Di Amerika Syarikat, kira-kira 94 peratus lelaki dan 85 peratus perempuan pernah masturbasi.

2. Masturbasi boleh merosakkan alat kelamin.

Faktanya: Lelaki yang memegang zakar dan wanita yang menggaru klitoris atau menggunakan vibrator tidak mungkin merosakkan alat kelamin. Tujuan biologi dari kehidupan adalah pembiakan. Sehingga alat kelamin sudah berevolusi menjadi lebih tangguh. Risiko terbesar adalah keradangan ketika anda melakukannya dalam masa yang lebih lama.

3. Masturbasi menyebabkan masalah gangguan mental.

Faktanya: Masturbasi menyebabkan satu masalah: rasa bersalah. Biasanya berlaku pada anak muda atau remaja yang banyak mendengar bahawa itu adalah perbuatan menyimpang, tidak wajar dan perbuatan dosa yang boleh membawa pelakunya ke neraka. Yang pasti, masturbasi adalah normal, sihat dan tidak membuat gangguan fizikal atau gangguan mental. Hanya saja, seperti halnya makan atau aktiviti lain, jika berlebihan tentu akan memberi kesan buruk. Jika memang anda punya masalah untuk mengendalikan kekerapan masturbasi, ada baiknya melawat terapi sex.

4. Masturbasi meningkatkan ghairah seksual.
Faktanya: Dari lahir, setiap manusia tidak ditentukan berapa kali ia boleh mencapai orgasme. Tapi ketika anda mendapatkannya, ya itulah saat-saat terbaik. Tak ada batasan jumlah orgasme berdasarkan pengalaman seksual yang pernah dia lakukan. Jadi masturbasi tidak boleh digunakan untuk meningkatkan terjadinya orgasme. Masturbasi juga tidak meningkatkan jumlah sperma atau simen. Dalam lelaki yang sihat, testikel selalu menghasilkan sperma dan kelenjar prostat selalu membuat cecair simen.

5. Vibrator merosakkan keinginan perempuan untuk melakukan hubungan seks.

Faktanya: Apakah memandu boleh menganggu keupayaan anda untuk berjalan? Tidak tentunya. Begitu pula yang terjadi pada hubungan sex dengan atau tanpa vibrator.

6. Perempuan boleh ketagihan vibrator.

Faktanya: Penggunaan dalam waktu lama membuat perempuan merasakan kenikmatan vibrator baik digunakan solo atau dengan pasangan seksualnya. Ini adalah pilihan peribadi, bukan ketagihan.

7. Jika anda dalam hubungan yang komited, maka masturbasi adalah kesalahan.

Faktanya: masturbasi adalah keinginan seksual yang alamiah. Ini adalah cara pertama anak-anak belajar kenikmatan fizikal. Tapi ketika dewasa, orang berfikir bahawa melakukan hal ini adalah memalukan. Ketika mereka berada dalam hubungan yang mengikat, maka menjadi memalukan untuk meneruskan masturbasi seperti masa lajang. Padahal melancap dan mempunyai pasangan seksual adalah sama-sama perilaku penyaluran hasrat, tapi dua pengalaman yang berbeza.

Memang dalam hubungan yang mengikat, perlu ada pertimbangan pasangan. Lelaki menilai masturbasi itu menyenangkan dan membuat santai. Adapun perempuan menganggap bahawa itu kegagalan mereka memuaskan pasangan.

Memang ada kemungkinan bahawa masturbasi yang terlalu sering boleh mengurangkan keinginan berhubungan seksual. Sehingga pasangan yang komited sebaiknya berusaha saling memenuhi keinginan pasangan sehingga mereka boleh hidup lebih selesa.

Sumber tempo.co


1 Merujuk kepada perkara diatas :

daddydee 4 September 2013 pada 12:49 PG  

Fakta yang amat menarik...heheheh

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP