Berita Palsu mengenai pelakon Aaron Aziz yang Terlibat Kemalangan Maut Di Luar Negara
Tweet
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Laporan berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz ketika bermain luncur salji di sebuah resort terkenal di Switzeland adalah palsu semata-mata.
Isteri kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Diyana Halik berkata, laporan tersebut tidak benar sama sekali kerana Aaron kini sedang berada di Cape Town, Afrika Selatan dan bukannya di Switzerland.
"Berita itu palsu, Aaron sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran program Fear Factor untuk terbitan Astro. Dia bukannya di lokasi disebut dalam artikel tersebut," jelas Diyana melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Online hari ini.
Berita berhubung kematian pelakon berasal dari Singapura itu tersebar sejak semalam selepas laporan itu dikeluarkan oleh laman web "Global Associated News" yang kemudian mendapat perhatian meluas di laman-laman sosial lain.
Menurut laman web berkenaan, pelakon itu dikatakan gagal mengawal papan luncur salji sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah.
Bagaimanapun Utusan Online mendapati "Global Associated News" yang menggunakan pautan networkedblogs.com/PyyPs itu merupakan sebuah laman web palsu.
- UTUSAN ONLINE
Aaron Aziz dan Isteri

BERITA 'kematian' pelakon Aaron Aziz seperti disiarkan laman web Global Associate News yang ternyata ia hanya laporan palsu.
Berita berhubung kematian pelakon berasal dari Singapura itu tersebar sejak semalam selepas laporan itu dikeluarkan oleh laman web "Global Associated News" yang kemudian mendapat perhatian meluas di laman-laman sosial lain.
Menurut laman web berkenaan, pelakon itu dikatakan gagal mengawal papan luncur salji sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah.
Bagaimanapun Utusan Online mendapati "Global Associated News" yang menggunakan pautan networkedblogs.com/PyyPs itu merupakan sebuah laman web palsu.
- UTUSAN ONLINE
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan