GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 7 September 2013

Budak 6 tahun diarah kahwin anak perogol

New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dikunci dalam bilik sebelum diperkosa dipaksa berkahwin dengan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak perogolnya.
Mangsa yang tinggal di Kampung Keshavpura di Rajasthan diserang lelaki berusia 40 tahun itu kira-kira dua minggu lalu. 
Keluarganya mengadu pada jawatankuasa kampung itu yang kemudian mengadakan mesyuarat bagi memutuskan tindakan yang patut diambil terhadap perogol terbabit. 

Jawatankuasa berkenaan akhirnya memberitahu ibu bapa mangsa agar mengahwinkan anaknya dengan anak perogol berkenaan.
Keluarga mangsa bagaimanapun enggan menerima cadangan berkenaan.
Sementara itu, mangsa dipercayai dirogol sekali lagi oleh lelaki sama Rabu lalu, menurut NDTV. 
Kes itu adalah kejadian terbaru dalam beberapa siri serangan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di India, termasuk serangan maut terhadap pelajar perubatan berusia 23 tahun di Delhi akhir tahun lalu dan kejadian rogol jurugambar di Mumbai bulan lalu. 

Dalam kes terbaru di Keshavpura, polis hanya mengetahui mengenainya selepas aktivis membawa mangsa dan ibu bapanya ke balai polis Mahaveer Nagar di Kota untuk membuat laporan. 
- Agensi

6 Merujuk kepada perkara diatas :

dian 7 September 2013 pada 3:25 PTG  

terus alasan si perogol mengawinkan dengan anaknya itu apa

kurnia 7 September 2013 pada 3:30 PTG  

harus blajar mlh disuruh kahwin

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP