GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 5 September 2013

Dramatis Wan Nor Azlin failkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah

Shah Alam: Dramatis Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain (gambar) memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam supaya memberi alasan mengapa bapanya tidak boleh dipenjara berhubung pelanggaran perintah isu penjualan sebuah rumah di Taman Keramat, dekat Kuala Lumpur.
Pada prosiding semalam, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan kepada Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar pihaknya sudah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu. 
Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Husain, 76, mengesahkan menerima notis itu, namun memohon satu tempoh masa untuk meneliti kes berkenaan kerana baru dilantik mewakili defendan. 

Bagi memastikan kes berjalan lancar, Mohamed Fouzi kemudian menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan pihak Wan Mohd Husain memfailkan afidavit pembelaan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh berkenaan.
Dalam pada itu, Wan Nor Azlin ketika ditemui media di luar mahkamah enggan melayani sebarang pertanyaan, sebaliknya hanya menyebut ‘tiada komen’.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  5 September 2013 pada 10:07 PG  

Rosak...rosak...semua sebab duit! Anak saman ayah ....isteri bunuh suami...anak bunuh ibu...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP