GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 26 September 2013

Gadis lari ikut kenalan Facebook

Johor Bahru: Sepasang suami isteri buntu apabila anak mereka yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan, menghilangkan diri sejak Isnin lalu, dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali menerusi laman sosial, Facebook

Anak sulung kepada dua beradik itu, Salsabilah Edora Md Rosle, 15, dikatakan berkenalan dengan remaja lelaki sebayanya sejak sebulan lalu sebelum bertindak melarikan diri dari rumah keluarganya di Taman Skudai Baru, dekat sini. 

Bapanya, Mohd Rosle Sarban, 41, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pengurusan taman perumahan itu menunjukkan pada tengah malam hari kejadian, anaknya membonceng motosikal remaja lelaki itu selepas memanjat tembok rumah. 

Bawa pasport 

Katanya, anaknya yang lebih dikenali sebagai Sabil itu, turut membawa bersama beg pakaian dan pasport antarabangsa, manakala MyKad masih dalam simpanan isterinya, Ridayu Husin, 35. 

“Sejak mengenali remaja lelaki itu, rekod kedatangan sekolah Sabil juga merosot apabila dia gagal hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Selesa Jaya 2, lebih seminggu. 

“Setiap pagi, Sabil keluar ke sekolah seperti biasa membuatkan kami tidak menyangka dia ponteng sekolah sedangkan pencapaiannya dalam percubaan PMR sebelum ini memuaskan,” katanya ketika datang mengadu di pejabat The New Straits Times Press (NSTP), di sini semalam. 
Md Rosle berkata, beliau membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Tampoi sebelum berusaha mengesan rumah remaja lelaki yang dikenali sebagai Isma yang tinggal bersama keluarga di Kempas, menerusi akaun Facebook anaknya. 

Gagal kesan 

“Keluarga remaja itu mengaku Sabil pernah ke rumah mereka untuk mengulang kaji pelajaran dan kini mereka turut gagal mengesan Isma yang belajar di sekolah lain, kerana dipercayai turut sama menghilangkan diri,” katanya. 

Md Rosle mendakwa, beliau dan isteri tidak pernah berselisih faham dengan Sabil, tetapi mengakui pernah menegur gadis itu kerana asyik melayari internet dan bermain dengan kucing sehingga mengabaikan pelajaran. 

“Sehingga kini talian bimbit Sabil tidak dapat dihubungi dan saya bimbang kejadian buruk berlaku kerana Sabil masih muda dan hanya pernah ke luar negara bersama keluarga,” katanya.


BH

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP