GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 2 September 2013

Minyak RON95 dan Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejasberikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - BERNAMA
HARGA minyak RON95 naik RM0.20 tengah malam ini ? Sama sama kita tunggu .. Andai benar atau tidak .. Nak pergi berbaris kat Stesen Minyak.. Oh tidak sama Sekali.. buat buang masa.. Isi penuh tangki akhirnya habis juga stok minyak dengan harga lama.. Cuma dapat berjimat sehari 2 saja..








4 Merujuk kepada perkara diatas :

mansor 2 September 2013 pada 10:08 PTG  

RAKYAT DICAPATIKAN oleh Najib. Sebagai Perdana Menteri Najib yang lemah pengetahuan ekonomi tetapi ingin memikul tugas negara telah dengan selambanya mencekik darah rakyat miskin melalui rasionalisasi penurunan subsidi petrol...(untuk orang bebal ekonomi ni nak bagi tahu bila subsidi petrol diturunkan maka samalah maknanya harga petrol akan naik)..Sepatutnya kerajaan Najib mempunyai idea macam mana nak membantu rakyat supaya tidak susah...malangnya PM ini adalah dari jenis kurang cerdik tapi lapar kuasa...maka kabar gembiralah pengundi UMNO BN...anda telah bersekongkol dengan Najib dalam penyiksaan rakyat biasa dan miskin...semoga Allah melaknati sesiapa yang jahat...

Tanpa Nama ,  3 September 2013 pada 6:58 PTG  

for me OK je.. 20cents is not a big amount. Just make sure that 20cents extra tu are definitely will be contributed to those people in need, than it's OK for me.. So Datuk Seri Najib, make sure BRiM goes to the "right" people, K.

Tanpa Nama ,  30 September 2013 pada 7:43 PTG  

Cisss.naik lg

Tanpa Nama ,  9 Januari 2014 pada 8:32 PTG  

kalau tak naik kancil je,duduk rumah rakyat rm125 sebulan,kat bawah kereta wish,stream,bm pun ada menjalar.Lu piker la sendiri....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP