Idea Gila ! Teguk cecair kimia untuk elak ditahan
Tweet
SUSPEK dikejarkan ke hospital selepas dia meneguk cecair kimia ketika polis menjalankan siasatan di premis melebur emas di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam, Georgetown. FOTO Michael Ong
GEORGETOWN: Seorang lelaki yang juga suspek sindiket dadah yang ditahan cuba bunuh diri dengan meneguk cecair kimia ketika polis menyerbu premis melebur emas, Bandar Baru Farlim, Ayer Itam, di sini, kira-kira 2 pagi tadi.
Bagaimanapun, lelaki itu itu kemudian dikejarkan ke hospital oleh anggota polis.
Lelaki terbabit dikatakan mengambil kesempatan meneguk cecair bahan kimia yang ada di premis itu ketika polis sibuk menjalankan siasatan.
Polis menyerbu premis berkenaan yang disyaki digunakan sindiket dadah sebagai makmal mini untuk memproses dadah.
Ketika serbuan, polis turut menemui 12 peluru dan tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis juga terpaksa memecahkan tiga pintu menggunakan alat pemotong untuk naik ke tingkat satu premis rumah kedai terbabit.
Sehingga ini, anggota forensik masih menjalankan siasatan di lokasi manakala pasukan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan kerja memecah peti besi setinggi hampir dua meter yang berada dalam premis terbabit.
Bantuan Bomba dan Penyelamat diperlukan untuk mencari barang bukti yang mungkin disimpan dalam peti itu.
Unit pemusnah bom turut dikejarkan ke lokasi untuk membuka peti besi yang ada dalam premis terbabit.
Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan