Isu Video bini Mat Yo marah Pakcik Guard,Jawapan dari Pakcik Guard
Tweet
AZMAN menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Subang Jaya: “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam untuk mendapat penjelasan berhubung klip video dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tersebar dengan meluas di Internet sejak malam kelmarin.
Difahamkan, adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.
Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.
Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.
Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.
Sumber myMetro
3 Merujuk kepada perkara diatas :
Org terlampau byk duit benda camni pun nak masuk mahkamah.tahukah kamu siti aisya bahawa byk kes2 jenayah berat myg blm selesai kt mahkamah.ni kes mcm budak2 gaduh pn nk masuk mahkamah.nk kaya cpt pi cr pasal dgn org kaya pastu saman.pakcik ni security je kot ko nak saman.
pak guard ni org tua.. hormat le sikit pada dia walo dia koje guard je.......mane pegi budi bahase pompuan ni le...
Apa? Dia ingatvdia isteri Mat Yo tu dah besar sangat? Learn how to respect others. Kalau tempat tu tak boleh parking ko pergilah ke proper parking!
Catat Ulasan