GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 2 September 2013

Jennifer Lopez dibayar RM57.5 juta jadi juri American Idol

Jennifer Lopez
NEW YORK - Penyanyi lagu Jenny From The Block, Jennifer Lopez dibayar sebanyak AS$17.5 juta, (RM57.5 juta) sebagai juri American Idol musim akan datang, kata satu sumber dalaman kepada akhbar Daily Mail semalam.
Jumlah tersebut didakwa telah ditetapkan oleh penerbit selepas berunding beberapa kali dengan penyanyi dan pelakon berusia 44 tahun itu.
"Akhirnya jumlah bayaran telah diputuskan. Lopez akan dibayar sebanyak AS$17.5 juta (RM57.5 juta) dan kembali menjadi juri American Idol pada musim akan datang.
"Ia adalah jumlah yang besar. Dia (Lopez) pasti teruja dengan bayaran tersebut," katanya.
Jumlah itu lebih banyak berbanding bayaran AS$15 (RM49 juta) yang diterima oleh penyanyi terkenal, Britney Spears sebagai juri dalam rancangan realiti X Factor.
Amaun itu juga dikatakan melonjak tinggi daripada bayaran yang diterima Lopez pada 2011, iaitu sebanyak AS$12 juta (RM39 juta), sebelum dinaikkan sekali lagi kepada AS$3 (RM9.8 juta ) untuk musim seterusnya.
Terdahulu, Lopez dilaporkan meminta pihak penerbit American Idol supaya menaikkan bayarannya sebanyak AS$2 juta (RM6.5 juta) untuk musim ketiga penglibatannya dalam program tersebut.
 - Agensi. (kosmo!)


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Ummi Hanie 2 September 2013 pada 12:50 PTG  

mak oii mahalnya gaji... tp baju mcm x cukup kain.. heee

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP