GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 1 September 2013

Kini Lendir siput Babi pula untuk rawat muka makin Popular

Siput dibiar merayap di seluruh wajah, dengan meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah. - Foto AGENSI

Kaedah cucian wajah bermula di Jepun kini jadi kegilaan di Britain

London: Kaedah rawatan muka menggunakan lendir siput yang dikatakan tinggi kandungan protein, bahan antioksidan dan antibakteria kini semakin popular di Britain. 

Rawatan dikenali sebagai ‘cucian siput’ pada wajah dilakukan menggunakan tiga ekor siput yang dibiarkan merayap di atas muka selama 20 minit membolehkan haiwan moluska itu meninggalkan lendirnya di muka, menyebabkan wajah kelihatan bersinar. 
Ketika siput merayap di seluruh wajah, ia meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah, bahan antioksidan dan antibakteria. Kesannya memang boleh dilihat serta-merta dan amat mengujakan,” Diane Gower, pemilik salon Simply Divine
Kaedah cucian itu sebelum ini begitu popular di Tokyo tetapi tiada pusat rawatan kecantikan yang menawarkan perkhidmatan itu di Britain, hinggalah baru-baru ini.

Rawatan lebih moden

Pemilik salon Simply Divine di Corby, Northamptonshire yang merintis kaedah ini menawarkan rawatan cucian siput yang lebih moden dengan bayaran £50 (RM254) sekali rawatan.

Pemiliknya Diane Gower, dengan bantuan pakar kulit Dr Sunil Chopra, seorang perunding rancangan Embarrassing Bodies, terbitan Channel 4, mempunyai sepasukan kakitangan terlatih yang akan memastikan lendir siput itu tidak memasuki lubang hidung, mulut atau mata. 
“Ketika siput merayap di seluruh wajah, ia meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah, bahan antioksidan dan antibakteria. Kesannya memang boleh dilihat serta-merta dan amat mengujakan,” kata Gower.

Beliau berkata, tidak dinafikan rawatan cucian siput, kelihatan ganjil pada mulanya, tetapi rawatan ini sebenarnya amat merehatkan.

“Apabila pelanggan sudah biasa dengan ‘rasa’ siput pada muka, mereka akan seronok dengan rawatan itu,” katanya.

Gower berkata, siput untuk rawatan itu dibiak dan dipelihara di sebuah ladang tempatan, diberi makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik. Setakat ini beliau memiliki 60 ekor siput.

“Siput terbabit dipelihara khas untuk kami. Ia bukan jenis yang biasa anda lihat di kebun atau taman,” katanya. - AGENSI (BH)



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP