GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 30 September 2013

Lebih sejam tahan sakit kaki sangkut dalam Lubang tandas

ANGGOTA bomba membantu Zamilah mengeluarkan kaki yang terperosok dalam lubang tandas.
Pasir Mas: Malang buat seorang suri rumah apabila terpaksa menahan sakit lebih sejam apabila kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas di bilik air rumahnya di Kampung Tanjung Chenok, Bunut Susu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, Zamilah Ismail, 49, dikatakan masuk ke dalam tandas sebelum tergelincir dan kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas.
Zamilah terpaksa diselamatkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Mas yang menerima panggilan kecemasan daripada suaminya.

Suami Zamilah, Shamsudin Seman, 53, berkata, ketika kejadian, dia ke madrasah berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Asar sebelum anak bongsunya, Nur Aisyah Anis,12, memanggilnya pulang ke rumah.
“Pada mulanya, saya ingatkan anak perempuan saya mahu meminta wang, tetapi saya terkejut dia memaklumkan yang ibunya tergelincir di dalam tandas menyebabkan kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas.
“Saya segera pulang ke rumah dan melihat anak lelaki sedang membantu mengeluarkan kaki. Saya turut menyapu buih sabun pada kakinya, tetapi tidak berjaya,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, hanya isteri serta dua anaknya, Nur Aisyah Anis dan Mohd Ikhsan Aris, 16, berada di rumah.

“Mungkin keadaan lantai bilik air ketika itu licin menyebabkan isteri saya tergelincir lalu kakinya terperosok ke dalam lubang tandas.

“Selepas anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki isteri saya, dia dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan dan saya bersyukur selepas menjalani ujian x-ray, doktor mendapati isteri saya hanya mengalami bengkak sendi serta terseliuh pergelangan kaki kanan,” katanya.
Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP