GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 3 September 2013

Polis Siasat pelajar UiTM buang bayi

Laporan Sinar Harian 30 Ogos lalu.

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu yakin dapat menyelesaikan kes buang bayi yang ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam tempoh terdekat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kini, siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan melibatkan keseluruhan pelajar wanita di universiti berkenaan.

“Kita terpaksa mengambil sedikit masa kerana masih ramai pelajar universiti itu yang kini sedang bercuti sempena Aidilfitri dan dijangka kesemua mereka akan memulakan kelas pada minggu ini,” katanya.

Manoharan yang enggan mendedahkan jumlah pelajar wanita yang dipanggil untuk siasatan berkata, pihaknya berharap individu terlibat dapat tampil menyerah diri dalam masa terdekat.

Sinar Harian keluaran 30 Ogos lalu ada melaporkan warga kampus UiTM, Dungun, gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut.

Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP