Rupanya Obama takut Bini
Tweet
OBAMA bersama Michelle.
New York: Rahsia mengapa Presiden Barack Obama berhenti merokok sejak enam tahun lalu akhirnya terbongkar semalam apabila pengakuannya kepada pegawai PBB didengari ramai orang melalui mikrofon yang terpasang.
“Saya tak menghisap rokok walaupun sebatang mungkin sejak enam tahun lalu kerana saya takutkan isteri saya,” katanya sambil tersenyum kepada bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kenya, Maina Kiai semalam.
Kedua-dua mereka bertemu kerana menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York.
Pengakuan itu dapat didengar pihak lain kerana mikrofon yang ada berhampiran kedua-dua tokoh terbabit tidak dimatikan. Perbualan bermula dengan pertanyaan Obama mengenai tabiat merokok Kiai. “Saya harap anda dapat berhenti merokok,” katanya kepada Kiai.
Kiai kemudian menjawab: “Kadang-kadang,” sebelum bertanya mengenai tabiat merokok Obama.
Kedua-dua mereka kemudian ketawa selepas Obama mengaku kerana takutkan isterinya, Michelle. Bagaimanapun Michelle pernah memberikan tarikh berbeza Obama berhenti merokok. “Ia hampir setahun,” katanya kepada media pada Februari 2011. Dua tahun sebelum itu, Obama merujuk dirinya sebagai “bekas perokok” tetapi mengaku dia masih bergelut untuk membuang ketagihan berkenaan. “Saya pernah katakan sebelum ini saya terus bergelut menanganinya.
“Adakah saya sesekali gagal? Ya. Adakah saya bekas perokok harian? Tidak,” katanya kepada media pada 2009. Obama mendakwa dia tidak merokok di depan anaknya.
“Saya boleh katakan ketagihan itu pulih 95 peratus tetapi ada ketika tertentu saya celaru,” katanya.
- Agensi(myMetro)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan