Sindiket Anak Sewa untuk bawa minta Sedekah
Tweet
PENGEMIS wanita menggunakan kanak-kanak kecil sebagai alat untuk meraih simpati orang ramai.
Tanjung Malim: Kumpulan pengemis didalangi wanita warga Kemboja yang menjalankan aktiviti meminta sedekah di bandar ini, didakwa ‘menyewa’ kanak-kanak bertujuan meraih simpati daripada orang ramai.
Kumpulan terbabit yang bergerak di pasar malam dipercayai mampu memperoleh pendapatan lumayan sehingga RM100 sehari dengan berkeliaran meminta sedekah di kawasan tumpuan ramai itu.
Mohd Khairi Hassan, 45, berkata, dia dan beberapa rakannya pernah menahan seorang daripada wanita warga asing terbabit untuk disoal siasat selepas sangsi terhadap tindakannya membawa anak kecil.
Menurutnya, wanita yang mendakwa namanya, Miran memberitahu anak kecil berusia empat tahun dibawa bersama itu bukan anak kandungnya.
Menurutnya, wanita yang mendakwa namanya, Miran memberitahu anak kecil berusia empat tahun dibawa bersama itu bukan anak kandungnya.
“Dia mendakwa kanak-kanak itu dipinjam daripada rakannya untuk dibawa mengemis. Wanita itu yang sudah fasih berbahasa Melayu mendakwa pendapatannya hasil aktiviti meminta sedekah bertambah berlipat ganda jika membawa anak kecil.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan