GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 26 Oktober 2013

21,000 ibu susukan anak serentak

SEBAHAGIAN ibu yang menyertai acara penyusuan ibu serentak di Filipina menyusukan bayi masing-masing di Marikina di Manila kelmarin.

MANILA - Seramai 21,000 ibu di Filipina menyusukan anak masing-masing secara serentak kelmarin dalam usaha untuk mencipta rekod dunia sekali gus menolak pandangan serong masyarakat berhubung aktiviti penyusuan di tempat awam.

Acara itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang menyokong penyusuan ibu di Filipina.
Ia diadakan di 1,000 buah bandar di seluruh negara tersebut yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian.
"Apabila seorang wanita mendedahkan payudara untuk adegan seks dalam filem atau memakai baju jarang, perbuatan ini diterima oleh masyarakat," kata pengarah pertubuhan berkenaan, Nona Andaya-Castillo.
"Namun, apabila seorang ibu mendedahkan dada untuk menyusu anaknya orang ramai menganggap ia sesuatu yang jelik," tambahnya.
Acara kelmarin itu juga bertujuan untuk memecahkan rekod dunia Guinness World Record kategori tersebut yang dibuat pada tahun 2007.
Acara serupa yang dianjurkan pertubuhan tersebut mencatat penyertaan seramai 15,218 ibu.
 - Agensi(kosmo!)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP