GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 16 Oktober 2013

2.7 juta kanak-kanak ketagih komputer


Bangkok: Lebih 2.7 juta kanak-kanak di Thailand ketagih dengan permainan komputer, menurut anggaran terbaru berdasarkan kajian di seluruh negara itu.

Kajian itu diadakan pada suku kedua tahun ini dan membabitkan 20,000 kanak-kanak. 


Keputusannya membayangkan 15 peratus kanak-kanak ketagih kepada permainan komputer.

Thailand mempunyai 18 juta kanak-kanak, menurut perangkaan rasmi.

Dorong kelakuan agresif

“Kanak-kanak yang mengalami ketagihan berkelakuan agresif dan cenderung bersikap ganas.

“Ada juga di kalangan mereka memukul ibu bapa sendiri atau cuba membunuh diri apabila dihalang bermain,” kata Profesor Bersekutu Chanvit Pornnoppadol. 
Chanvit yang bekerja di Jabatan Pskiatri, Fakulti Perubatan Hospital Siriraj, berkata ada juga orang yang ketagih permainan komputer ponteng kelas dan tidak tidur semalaman.

“Mereka enggan menyertai aktiviti sekolah, emosi menjadi tidak stabil dan prestasi akademik lebih teruk,” katanya.

Kanak-kanak yang ketagih permainan komputer perlu menjalani rawatan, kata Chanvit sambil menambah 30 hingga 40 kanak-kanak dirawat setiap tahun.

“Bagaimanapun, saya percaya bilangan yang dirawat lebih tinggi lagi,” katanya.

Bercakap di majlis sama, penasihat Menteri Kebudayaan, Sura Techatat, mengakui teknologi IT juga memberi kesan.

“Kita perlu berhati-hati dengan memerhati anak kita jika ada masalah sama dan cuba mencari penyelesaian,” katanya. 


- AGENSI(BH)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP