Bunuh diri selepas kena jilat ludah
Samastipur: Seorang lelaki yang berasa terhina selepas diarah menjilat ludah kerana didapati bersalah mengganggu seorang gadis, bertindak membunuh diri selepas pulang ke rumah.
Polis berkata, Ranjit Mahto, 40, dihukum satu jawatankuasa kampung dan diarah menjilat ludah penduduk di sini.
Ranjit yang berasal dari perkampungan Gorai membunuh diri di rumah, kelmarin. Dia adalah satu-satunya pencari nafkah dalam keluarganya.
Superintenden polis Samastipur, Chandrika Prasad berkata Ranjit berdepan dengan ahli jawatankuasa kampung selepas bergaduh dengan Raj Kumar Jha, seorang pemimpin agama kampung Ranitola berdekatan.
Dituduh ganggu gadis
Semuanya gara-gara dia dituduh mengganggu anak perempuan Raj yang berusia 17 tahun.
Satu mesyuarat jawatankuasa kampung kemudian diadakan yang kemudian membincangkan perkara itu, mendapati Ranjit bersalah dan mengenakan denda 21,000 rupee (RM1,081) ke atasnya.
Apabila dia meminta supaya hukuman diringankan, beberapa anggota jawatankuasa kerja kampung itu menyarankan dia menjilat ludah sebagai cara penyelesaian.
Selepas menjalani hukuman yang dianggap menghina itu, Ranjit pulang ke rumah dan kemudian minum racun serangga.
Isteri lapor polis
Isteri Ranjit kemudian membuat aduan kepada polis dan memberitahu, Ranjit dibawa ke hospital berdekatan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Waran tangkap kemudian dikeluarkan balai polis Chai Mahsi terhadap enam orang suspek dan lapan orang lain tidak dikenali. Usaha mencari mereka sudah dilancarkan.
- AGENSI(BH)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan