GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 22 Oktober 2013

Lelaki didenda RM20,000 kerana hina Sultan Johor

AHMAD dikenakan denda RM20,000 kerana menghina Sultan Johor.
JOHOR BAHRU – Seorang juruukur bahan di sebuah syarikat pembinaan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menulis komen menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook pada Oktober tahun lepas.
Hakim Muhammad Jamil Hussin turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Abd. Jalil, 28, yang berasal dari Klang, Selangor, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.
Dia didakwa membuat komen yang jelik dengan niat menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371 menggunakan nama profil ‘Zul Yahya’.
Kesalahan itu dilakukan di pejabatnya di RD Resources Sdn. Bhd., 30-3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur, pukul 6 petang pada 10 Oktober 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit.
Sumber kosmo!


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Mr Big Boy ,  22 Oktober 2013 pada 12:08 PTG  

Ingin menjana pendapatan tambahan ;) ;) :0..Mari sertai kami dan daftar di :

http://www.yournetpay.com/index.php?refcode=48831

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP