Pelakon Almy Nadia jawab sindiran segelintir peminat 'Apa salahnya saya jual karipap'
Tweet
Almy Nadia
Kuala Lumpur: Susulan pengakuannya yang terpaksa menjual karipap ekoran kekurangan tawaran berlakon setahun kebelakangan ini, pelakon Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, dipersendakan sebilangan kecil peminat yang mendakwa dirinya mencari publisiti murahan dengan menjaja bahan berita seumpama itu.
“Saya ditemu bual dan diminta menjelaskan ke mana saya menghilang dan apa yang saya buat sepanjang tempoh saya menyendiri. Justeru, saya berterus-terang saya membantu ibu berniaga karipap.
“Saya akui yang terpaksa menjadi penjual karipap untuk menyara hidup selepas kurang mendapat tawaran berlakon hampir setahun lalu.
“Saya tidak mencari publisiti murahan apabila mendedahkan hal ini. Kalaulah benar saya ingin mencari publisiti, sudah lama saya boleh berbuat demikian,” katanya.
“Saya tidak mencari publisiti murahan apabila mendedahkan hal ini. Kalaulah benar saya ingin mencari publisiti, sudah lama saya boleh berbuat demikian,” katanya.
Almy menambah tiada apa yang perlu dimalukan dengan pekerjaan yang dilakukannya itu apatah pula membantu ibunya mencari rezeki yang halal. Perniagaan kecil-kecilan itu dilakukan bersama ibunya sepanjang menetap di kampung halamannya di Pulau Pinang.
“Saya bukannya jual dadah, jadi untuk apa saya berasa malu. Saya tidak tahulah kalau ada artis lain yang malu menjadi penjual karipap tetapi bagi saya berniaga adalah sesuatu yang biasa buat kami sekeluarga kerana saya orang kampung.
“Kalau dalam kenyataan sebelum ini saya ada menyebut perkataan terpaksa itu bukan bermakna saya menjalankan perniagaan ini dengan keadaan terpaksa. Saya ikhlas membantu ibu saya.
“Kadang-kadang orang salah tafsir dengan kehidupan artis yang sering disangkakan mewah dan banyak duit. Walhal mereka juga manusia biasa yang ada masanya dilanda kesulitan hidup,” katanya ketika dihubungi petang, semalam.

Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan