GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 27 Oktober 2013

Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah

Siti Saleha kini duta produk Simplysiti. Foto FAIHAN GHANI
KUALA LUMPUR: Pelakon Siti Saleha mengakui dia sudah pun memiliki seorang kekasih berbangsa Eropah dan hubungan itu sudah terjalin sejak empat bulan lalu.
Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 23, bagaimanapun berkata, perhubungan itu tidak bermakna dia akan berkahwin dalam masa terdekat ini kerana masih lagi mengenali hati budi antara satu sama lain.
"Biasalah, kita perlukan warna dalam kehidupan ini dan benar, saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang bekerja di negara ini.
"Tetapi ia masih pada fasa perkenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru berumur 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin," katanya.
Saleha ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Simplysiti yang terbaharu iaituSimplysiti White & Detox di restoran The Apartment pusat beli belah KLCC di sini pada Sabtu.
Saleha dan Siti Nurhaliza pada majlis pelancaran produk baharu 'Simplysiti White & Detox'.
Tambah pelakon filem Balada Pencinta itu, bagaimanapun dia tidak mahu menceritakan lebih lanjut mengenai identiti kekasihnya itu.
Sementara itu, pada pelancaran produk Simplysiti, Datuk Siti Nurhaliza yang turut menghadiri majlis tersebut mengumumkan Saleha sebagai duta bagi set produkSimplysiti White & Detox.
Beritahu Saleha, dia menyifatkan pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Simplysiti menyuntik semangatnya dalam berkongsi informasi kepada para remaja mengenai penjagaan wajah.
Katanya, dia merupakan seorang yang sangat peka terhadap hal-hal kecantikan wajah dan apabila ditawarkan sebagai duta produk itu, dia terus menerimanya dengan hati terbuka.
"Saya ditawarkan sebagai duta pada Ogos lalu dan sebelum itu mereka memberikan saya sampel produk tersebut untuk mencubanya.
"Selepas melihat kelebihan produk ini yang memberikan kesegaran pada wajah, saya terus memutuskan untuk menerima tawaran tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia yakin, pemilihan Saleha sebagai duta produknya dapat menarik lagi perhatian pembeli daripada kalangan remaja yang menginginkan produk pencerahan wajah.
"Saleha seorang yang sentiasa ceria dan aktif dalam setiap kerja yang dilakukan dan lihatlah, dia memiliki peminat yang ramai.
"Kerana itu saya percaya pemilihan Saleha sangat bertepatan dengan keinginan pihak Simplysiti yang ingin menarik perhatian golongan remaja," tuturnya.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP